Khamis, 31 Disember 2009


Mesy. Penyelarasan Ketua Kumpulan STPM
di Oriental Kristal, Kajang ( 7 - 10 Dis )

Ceramah Induksi di Katrina Hotel, Batu Pahat - 20 Nov


Mesy Penyelarasan Bengkel Moderasi dan Pembinaan Soalan
Induksi - di PNB Ilham Resort, Port Dickson - 16- 19 Nov


Ceramah Induksi bhg Sumber Manusia KPM - Hotel Seri Costa Melaka

Salam untuk semua. agak sudah terlalu lama saya tidak mengemaskini blog saya ini. Di sini saya akan rangkumkan aktiviti-aktiviti yang saya lalui sepanjang saya senyap sunyi.......

Jumaat, 30 Oktober 2009

Ceramah Induksi - Melaka



Pada jumaat 23 Oktober yang lalu saya telah bertugas sebagai penceramah bagi Kursus Induksi di Hotel Emperor Melaka bagi guru-guru. Selama 4 jam saya ditugaskan untuk bercermah. Syukur kepada Allah kerana saya telah berjaya memenuhi tugasan yang diberikan.

Taklimat ISO



Pada 21 Oktober yang lalu saya telah menghadiri taklimat berkaitan ISO bagi sekolah-sekolah menengah di negeri Johor. Tujuh buah sekolah menengah di daerah Pontian telah dipilih bagi menjadi perintis kepada perlaksanaan ISO ini. Namun menjelang 2011 semua sekolah menengah akan melaksanakannya.

Khamis, 15 Oktober 2009

KEM KECEMERLANGAN SPM DAERAH PONTIAN




KEM KECEMERLANGAN SPM DAERAH PONTIAN

Pada khamis 15 Oktober, saya telah berjaya memenuhi undangan bagi memberi ceramah kecemerlangan sejarah SPM bagi calon-calon SPM sekolah - sekolah daerah Pontian. Gabungan Kaunselor sekolah-sekolah menengah daerah Pontian telah mengambil daya usaha bagi menganjurkan Kem Kecemerlangan SPM bertempat di SMK Ayer Baloi, Pontian. Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan telah memberi kerjasama yang erat bagi menjayakan program ini. 17 buah sekolah telah menghantar di antara 10 - 20 orang calon SPM bagi menyertai Kem Kecemerlangan SPM ini.


Pada hari rabu 14 Oktober, JK Kecemerlangan Kurikulum sekolah telah mengadakan satu majlis meraikan pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan percubaan SPM. Seramai 21 orang pelajar cemerlang telah diraikan dengan jamuan KFC di bilik Sanggar Ilmu. Walaupun nilai jamuan itu tidak seberapa, namun tanda penghargaan itu adalah lebih utama. Semoga pelajar ini khasnya dan pelajar lain umumnya terus mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM yang sebenar.

Ahad, 4 Oktober 2009

Ceramah Tknik Menjawab STPM di SMK Taman Daya

pada sabtu 3 Oktober yang lalu saya telah berjaya memenuhi undangan SMK Taman Daya, Pasir Gudang bagi memberi ceramah teknik menjawab sejarah 2 STPM. Pada isnin 28 September saya telah dihubungi oleh rakan sekuliah saya semasa di USM Fazlina bagi menyampaikan undangan ini. Satu kepuasan apabila saya berjaya memenuhi hajat seseorang dan dapat membantu para pelajar sejarah bagi menghadapi peperiksaan. Malangnya saya telah terlupa untuk membawa kamera untuk tujuan merakamkan peristiwa ini.

Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia





Pada 27 - 30 September yang lalu, saya telah mewakili Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor bagi mengikuti Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor Bahru. Persidangan selama 4 hari ini cuba mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa bertaraf dunia. fokus persidangan adalah kepada potensi dan cabaran bagi mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa dunia. Sebanyak 50 kertas kerja telah dibentangkan. Saya sangat berbesar hati berpeluang mengikuti persidangan bertaraf antarabangsa ini.

Berjumpa Kembali


Lama sungguh saya tidak menulis di dalam blog saya ini. Tiba-tiba menjadi 'lupa dan sibuk' pula untuk mengemaskini khazanah saya ini. Mungkin faktor bulan puasa dan kesibukan berhari raya menyebabkannya. Namun terdapat beberapa peristiwa yang ingin saya kongsikan bersama di dalam penulisan ini. Saya dan keluarga menyambut hari raya di Felda Air Tawar 5 Kota Tinggi. Di rumah kakak kandung saya. kedua ibu bapa saya telah tiada, jadi kebiasaannya di sinilah kami berkumpul. Alhamdulilah pada raya kali ini, kami 4 keluarga dapat berkumpul bagi menraikan hari bahagia ini.

Sabtu, 5 September 2009

Lanskap Rumah






Posting kali ini saya ingin berbicara berkaitan dengan hal perbadi saya. berkaitan kerja-kerja lanskap di rumah saya. Walaupun ianya bersifat peribadi, namun saya yakin pengalaman ini boleh dikongsi bersama dengan rakan-rakan. Semalam 4 Sept selepas solat jumaat hasrat saya untuk mengambil beberapa batang kayu (balak) untuk tujuan lanskap di halaman rumah saya telah tercapai. Buat makluman, terdapat 6 batang kayu balak lama yang terbiar di dalam paya berhampiran jeti di Sg Pinggan kira-kira 2 km dari rumah saya. Saya telah meminta izin dari tuan punya balak tersebut yg saya penggilnya sebagai Wak sahaja. Kira-kira 7 tahun lepas, kayu-kayu balak ini telah di bawa masuk dari Indonesia. Jadi kayu ini adalah saki bakinya sahaja. Wak menyatakan ' amillah cikgu, saya dah tak nak pakai' bila saya minta kayu-kayu tersebut. Minggu lepas saya telah menghubungi rakan pengusaha lori untuk menyewa lori dan JVC bagi tujuan ini. Dengan izin Allah, 6 batang balak telah terpacak di halaman rumah saya. Terdapat berberapa idea untuk saya 'upgred'kan kayu-kayu balak ini.

Khamis, 3 September 2009

Ulasan Isu Semasa

Ada beberapa rakan-rakan yang menghubungi saya memberi komen yang membina berkaitan blog saya. Mereka menyatakan blog saya bagus namun trlalu bersifat beribadi yang mepaparkan aktiviti saya yang berkaitan sejarah sahaja. mereka mencadangkan agar saya dapat memberi komen-komen berkaitan isu-isu semasa dan cuba mengaitkannya dengan sudut pandangan sejarah. Mungkin satu pandangan yang sangat berguna, akan cuba saya fikirkan. Sedikit membimbangkan saya adalah ada kemungkinan nanti pandangan saya itu akan dilihat sebagai pro atau menyokong sesuatu pihak. hakikatnya saya cuba bersifat natural. Melihat sesuatu dari sudut kebenaran dan fakta sejarah. Tidak bertujuan menghentam atau menyebelahi mana-mana pihak. sejarah adalah kebenaran. Menerima kebenaran sememangnya sesuatu yang sangat perit dan pahit. Namun akhirnya kebenaran juga yang akan terserlah.

Sekolah Buka Semua

lama saya tidak menulis di blog saya ini. Cuti persekolahan baru ini, saya sekeluarga telah balik ke Kuantan. menyambut puasa di sana. Sepanjang berada di kuantan itu, saya banyak menghabiskan masa untuk memeriksa kertas jawapan pelajar bagi mata pelajaran sejaran tingkatan 4. lapan kelas yang saya ajar. Sebaik buka sekolah, pelajar tingaktan 5 mula menduduki peperiksaan percubaan spm mereka. Semoga mereka dapat menjawab dengan baik dan cemerlang. Bagi pelajar tingkatan 3 pula, inilah adalah tempoh belajar terakhir untuk mereka menyiapkan diri bagi menduduki PMR. Semoga mereka juga berjaya.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Pameran Sejarah






Alhamdulilah saya dan rakan-rakan guru sejarah telah berjaya menganjurkan pameran sejarah. Saya telah berbincang dengan En Saadek, GKB Sains Kemasyarakatan untuk meneruskan pameran ini sebaik sahaja naik cuti seminggu ini. Pada pagi Jumaat, semasa majlis bacaan Yassin, tuan pengetuan Tn Hj Mohd Zaini Abdul Fatah telah mengucapkan tahniah atas pameran tersebut dan beliau bersetuju untuk mengeluarkan kos bagi membiayai kerja-kerja berkaitan dokumentasi bahan-bahan pameran tersebut. Beliau mencadangkan agar bahan-bahan bersesuaian di 'refotokan' untuk simpanan sekolah.

Selamat Berpuasa

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamt berpuasa kepada semua umat islam. Semoga kehadiran Ramadhan ini membawa makna yang sangat memberi kesan positif kepada kita semua. Semoga ditingkatkan amalan dan ketakwaan kepada kita semua. Saya dan keluarga menyambut puasa di kuantan pahang, di rumah ibu bapa mertua saya.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Teknik Menjawab Sejarah SPM-SMK Parit Betak, Pontian


Sebaik sahaja tamat memberi ceramah di SMK Ayer Baloi, saya terus bergegas untuk bergerak ke SMK Parit Betak, Pontian. Iaitu bagi melaksanakan tujuan yang sama. Namun undangan ini adalah di bawah kendalian dan pengurusan pihak PPD Pontian di bawah Program Kasih. Di sekolah ini 100% pelajarnya adalah dari kaum melayu. Pengetuanya Pn Hajah Saidah Sariyan adalah bekas guru saya semasa belajar di tingkatan 6 dahulu. Beliau juga sebelum dilantik menjawat jawatan pengetua di sekolah ini, juga merupakan GPK 1 di sekolah saya sekarang. Apabila beliau berpindah, saya mengambilalih jawatan GPK 1 mulai 1 April 2009. Ditakdirkan rezeki saya di GC, maka saya melepaskan jawatan GPK 1 ini.

Teknik Menjawab Sejarah SPM-SMK Ayer Baloi, Pontian


Pada khamis semalam 20 Ogos, jam 8.00 - 10.00 pagi saya telah memenuhi undangan pihak SMK Ayer Baloi bagi menyampaikan ceramah teknik menjawab sejarah SPM. Rasa seronok sekali dapat kembali memberi sumbangan kepada sekolah yang penuh bermakna kepada saya ini. Di sekolah inilah saya menimba ilmu dari tingkatan 1- 5 pada tahun 1981-1985. Di sekolah inilah juga saya pernah bertugas dari tahun 2000 - 2007. Di sekolah ini jugalah saya bertugas sebagai GPK HEM dari 1 April 2001 - 15 Julai 2007. Seronok dapat berjumpa teman-teman lama. Di sini saya sertakan foto bersama rakan-rakan.

Rabu, 19 Ogos 2009

Ceramah Teknik Menjawab SPM - Maahad Pontian



Petang tadi jam 2.30-4.30 petang saya telah berkongsi ilmu dengan rakan guru dan para pelajar Maahad Pontian. Iaitu sebuah sekolah aliran agama di bawah kendalian Jabatan Pelajaran Agama Negeri Johor. Seramai 73 orang calon sekolah tersebut yang akan menduduki peperiksaan SPM. Semoga mereka berjaya memperolehi kejayaan.

Persiapan Pameran Bergambar Daerah Pontian dan Dokumen-Dokumen Sejarah



Hari ini saya bersama rakan sahabat Mohd Saadek Mahadi GK Bidang Sains Kemasyarakatan telah bbersama-sama membuat persiapan untuk mengadakan pameran sejarah. Pameran dirancangkan akan di adakan di Bilik Sejarah. Pengisian pameran ini adalah gambar-gambar sejarah daerah Pontian dan kajian dokumen-dokumen sejarah.

Ahad, 16 Ogos 2009

Ceramah Teknik Menjawab SMK Dato Onn Batu Pahat



Pagi tadi jam 10.30 - 12.30 saya telah berjaya memenuhi undangan pihak SMK Dato Onn, Batu Pahat, Johor untuk memberikan sedikit tip dan panduan kepada pelajar-pelajar sejarah 2 STPM. Seperti biasa, ianya satu kepuasan dan kebanggan kepada saya jika dapat memenuhi hajat dan harapan rakan-rakan guru dan juga anak didik pelajar. Semoga semua pelajar berkenaan beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan sebenar nanti.

Desak Warta Pulau Pisang


Pada Jumaat 14 ogos yang lalu, Harian Metro telah melaporkan berita berkaitan program yang saya sertai di Pulau Pisang pada 9 Ogos yang lalu. Berita dilaporkan oleh sahabat Ahmad Bahri Mardi, seorang guru, wartawan dan ahli PSM Negeri Johor. Di sini saya sertakan salinan scan laporan akhbar berkenaan.

Khamis, 13 Ogos 2009

Majlis Solat hajat Perdana SK Benut


Sebentar tadi saya telah menghadiri majlis Solat Hajat Perdana SK Benut. Majlis telah diadakan di surat asrama desa sekolah tersebut. Kehadiran saya adalah atas tanggungjawab sebagai penjaga kepada anak saudara saya Aiman Hakim Bin Muhamad, pelajar tahun 6. Buat pengetahuan semua, saya mengambil tanggungjawab menjaga 3 orang anak sedara saya yang telah menjadi yatim piatu sejak 6 tahun yang lalu. Aiman dan 2 orang lagi kakaknya. Nor Syakiran bersekolah di tingkatan 6 rendah di SMK Benut dan Noe Syahidah tingkatan 3 di sekolah yang sama. Ibu mereka adalah kakak kepada saya. Meninggal dunia pada bulan nov 2004, sementara bapa mereka meninggal dunia pada bulan september 2005. Semoga saya, isteri dan ahli keluarga diberi kekuatan oleh Allah untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini.

Program Kasih



pagi tadi jam 11.00 pagi - 12.5o tengahari saya telah menjayakan Program Kasih yang telah disusun oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pontian. Melalui program ini, GC dan JU daerah Pontian telah ditugaskan bagi membantu sekolah-sekolah yang memerlukan bagi meningkatkan pencapaian bagi mata pelajaran yang tertuntu. Untuk tujuan tersebut, saya telah ditugaskan bagi memberi cermah kepada pelajar-pelajar SMK Dato Mohamad Yunus Sulaiman, Pekan Nenas, Pontian. Slot saya tadi telah saya bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama adalah berkenalan kepada mata pelajaran sejarah. Apakah itu sejarah?, apakah tujuan kita belajar sejarah. Slot kedua pula adalah teknik menjawab sejarah PMR. Semoga ada nilai tambah yang dapat saya berikan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Rabu, 12 Ogos 2009

Kursus Induksi - Hotel landmark B. Pahat




Petang tadi saya telah bertugas sebagai penceramah bagi Kursus Induksi Kump 1 JPNJ yang di adakan di Hotel Landmark Batu Pahat. Slot saya selama 2 jam bermula jam 2.00 - 4.30 petang. Setengah jam yang pertama adalah slot pengucapan awam. Buat makluman semua telah 10 tahun saya bertugas sebagai penceramah kursus induksi JPNJ. 7 tahun pertama saya memberikan ceramah bagi tajuk Sejarah Masyarakat Malaysia. bagi 3 tahun terakhir ini pula saya memberikan tajuk Dasar-Dasar Kerajaan.

Kunjungan Rakan GC

semalam selepas rehat sekolah kami telah dikunjungi oleh seorang rakan GC Sharifah Ain dari SMK Dato Penggawa Barat. Tujuan kedatangan beliau adalah untuk sama-sama berkongsi ilmu dan kepakaran beliau bersama kami. Sebahagian besar guru-guru sejarah telah dapat berkumpul dan mengadakan perbincangan dengan beliau. Banyak hasil yang diperolehi dari perbincangan kami. Kami telah mencapai persetujuan untuk mengadakan Kem Kecemerlangan Sejarah gabungan di antara sekolah kami SDAHA, Sek Men Keb Dato Penggawa. Saya juga mencadagkan agar kami dapat mempelelawa sekolah Agama Arab Pontian sebagai rakan perkongsian pintar. Semoga apa yang kami bincang dan hajatkan akan dimakbulkan oleh Allah.

Isnin, 10 Ogos 2009

Lagi Gambar Kembara P.Pisang




Kembara Seni dan Warisan Sejarah Pulau Pisang 2009






Pada Ahad 9 Ogos, saya telah mengikuti program Kembara ke P.Pisang. Program ini adalah anjuran bersama Pjbt Ahli Parlimen Pontian, Persatuan Penulis Johor, DEB Wilayah Selatan dan Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Pontian. Saya adalah Penolong Setiausaha PSM Kaw Pontian.