Pada jumaat 23 Oktober yang lalu saya telah bertugas sebagai penceramah bagi Kursus Induksi di Hotel Emperor Melaka bagi guru-guru. Selama 4 jam saya ditugaskan untuk bercermah. Syukur kepada Allah kerana saya telah berjaya memenuhi tugasan yang diberikan.
Jumaat, 30 Oktober 2009
Ceramah Induksi - Melaka
Pada jumaat 23 Oktober yang lalu saya telah bertugas sebagai penceramah bagi Kursus Induksi di Hotel Emperor Melaka bagi guru-guru. Selama 4 jam saya ditugaskan untuk bercermah. Syukur kepada Allah kerana saya telah berjaya memenuhi tugasan yang diberikan.
Taklimat ISO
Khamis, 15 Oktober 2009
KEM KECEMERLANGAN SPM DAERAH PONTIAN
KEM KECEMERLANGAN SPM DAERAH PONTIAN
Pada khamis 15 Oktober, saya telah berjaya memenuhi undangan bagi memberi ceramah kecemerlangan sejarah SPM bagi calon-calon SPM sekolah - sekolah daerah Pontian. Gabungan Kaunselor sekolah-sekolah menengah daerah Pontian telah mengambil daya usaha bagi menganjurkan Kem Kecemerlangan SPM bertempat di SMK Ayer Baloi, Pontian. Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan telah memberi kerjasama yang erat bagi menjayakan program ini. 17 buah sekolah telah menghantar di antara 10 - 20 orang calon SPM bagi menyertai Kem Kecemerlangan SPM ini.
Pada hari rabu 14 Oktober, JK Kecemerlangan Kurikulum sekolah telah mengadakan satu majlis meraikan pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan percubaan SPM. Seramai 21 orang pelajar cemerlang telah diraikan dengan jamuan KFC di bilik Sanggar Ilmu. Walaupun nilai jamuan itu tidak seberapa, namun tanda penghargaan itu adalah lebih utama. Semoga pelajar ini khasnya dan pelajar lain umumnya terus mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM yang sebenar.
Ahad, 4 Oktober 2009
Ceramah Tknik Menjawab STPM di SMK Taman Daya
pada sabtu 3 Oktober yang lalu saya telah berjaya memenuhi undangan SMK Taman Daya, Pasir Gudang bagi memberi ceramah teknik menjawab sejarah 2 STPM. Pada isnin 28 September saya telah dihubungi oleh rakan sekuliah saya semasa di USM Fazlina bagi menyampaikan undangan ini. Satu kepuasan apabila saya berjaya memenuhi hajat seseorang dan dapat membantu para pelajar sejarah bagi menghadapi peperiksaan. Malangnya saya telah terlupa untuk membawa kamera untuk tujuan merakamkan peristiwa ini.
Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia
Pada 27 - 30 September yang lalu, saya telah mewakili Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor bagi mengikuti Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor Bahru. Persidangan selama 4 hari ini cuba mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa bertaraf dunia. fokus persidangan adalah kepada potensi dan cabaran bagi mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa dunia. Sebanyak 50 kertas kerja telah dibentangkan. Saya sangat berbesar hati berpeluang mengikuti persidangan bertaraf antarabangsa ini.
Berjumpa Kembali
Lama sungguh saya tidak menulis di dalam blog saya ini. Tiba-tiba menjadi 'lupa dan sibuk' pula untuk mengemaskini khazanah saya ini. Mungkin faktor bulan puasa dan kesibukan berhari raya menyebabkannya. Namun terdapat beberapa peristiwa yang ingin saya kongsikan bersama di dalam penulisan ini. Saya dan keluarga menyambut hari raya di Felda Air Tawar 5 Kota Tinggi. Di rumah kakak kandung saya. kedua ibu bapa saya telah tiada, jadi kebiasaannya di sinilah kami berkumpul. Alhamdulilah pada raya kali ini, kami 4 keluarga dapat berkumpul bagi menraikan hari bahagia ini.
Langgan:
Catatan (Atom)