Khamis, 7 Oktober 2010

Gambar Dialog Kolektif Kesejarahan Malaysia-Indonesia


Bersama YB Exco

Waris ke 8 Tun Sri Lanang

Bersama Prof bakar dan Prof Prof Taufik Abdul ( Uni. Gajahmada )

Bersama Prof. Suwardi ( Uni. Riau )

Bersama Peof Abdullah Zakaria

Dialog Kolektif Kesejarahan Indonesia Malaysia Di Persada Johor Bahru


Bergambar kenangan bersama AJK Induk

Wawancara yang telah disiarkan di RTM 1 pada ahad 3 Okt

Wawancara bersama RTM

Sesi soal dialog

Bersama YAB MB dan Prof Bakar

Pada 1 - 3 Oktober yang lalu saya telah menyertai Dialog kolektif Kesejarahan Malaysia - Indonesia di Persada Johor Bahru. Seminar ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia, Yayasan Warisan Johor dan Masyarakat Kesejarahan Indonesia. Saya merupakan AJK Induk kepada penganjuran program ini. Saya bertugas secara langsung untuk menyediakan Buku Program seminar.

Pameran Bergambar Hari Malaysia






Sempena sambutan Hari Malaysia, saya melalui Panatia Sejarah juga telah menganjurkan pameran bergambar peritiwa Penubuhan Malaysia. Sebanyak 20 keping gambar ukuran A4 telah dibekalkan di setiap tingkatan. Pelajar dikehendaki menampak gambar-gambar tersebut mengikut kreativiti mereka sendiri di dalam kelas. Selain itu setiap kelas juga telah dibekalkan dengan bendera Malaysia dan Johor sempena bulan Kemerdekaan.

Pameran Sejarah Bulan Kemerdekaan






Pameran Kemerdekaan - Pada 30 Ogos - 2 September yang lalu saya melalui Panitia Sejarah telah menganjurkan Pameran Kemerdekaan. Sebanyak 278 keping gmbar foto sejarah hasil himpunan dari intenet, scan, dan koleksi peribadi saya sendiri telah dipamerkan. Ianya melibatkan 5 tajuk utama, iaitu;
i. Pendudukan Jepun
ii. Malayan Union
iii.Penubuhan Parti / UMNO
iv.Rentetan Peristiwa Kemerdekaan
v. Darurat
vi. Penubuhan Malaysia.

Terimakasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan pameran ini.

Siri Ceramah September

Kerana kekangan masa, beberapa siri aktiviti saya tidak dapat saya masukan di dalam blog ini. Berikut adalah siri ceramah yang telah saya berikan;

22 Sept - Ceramah SPM SM Maahad Pontian
23 Sept - Ceramah SPM SMK Pt Betak Pontian
27 Sept - Ceramah 'CV' kepada semua Guru Cemerlang daerah Pontian
28 Sepr - Ceramah PMR SM Maahad Pontian

Isnin, 20 September 2010

Kembara Berbasikal Kemerdekaan


dirumah penerima sumbangan

pasukan polis memberikan kerjasama yang amat erat

dua tenaga penting kepada kembara ini

di rumah penyumbang

di rumah penyumbang

Pada 30 Ogos sebelah malamnya juga, SMKDAHA juga telah menganjurkan program Kembara Berbasikal Kemerdekaan. seramai lebih kurang 80 orang pelajar dan guru telah menyertai program ini. Program berbula kira-kira jam 9 malam dan tuan pengetua telah sudi melepaskan rombongan ini. Selain berbasikal, pengisian lain kepada kembara ini ialah menziarahi rumah rakan-rakan pelajar yang kurang bernasib baik dan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada mereka. Pihak polis telah memberikan kerjasama yang sangat erat dengan turut mengawal lalulintas sepanjang kembara ini. Tepat jam 12 mlm kembara ini telah sampai di dataran ilmu SMKDAHA dan satu upacara ringkas melaungkan terian merdeka pada tepat jam 12 mlm.

Isnin, 30 Ogos 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2010


Majlis Pengkisahan Sejarah Bersama Tokoh Tn Hj Kasiron Reduan

Bacaan Sajak Oleh wakil guru

Bacaan Sajak oleh wakil pelajar

perhimpunan pagi Kemerdekaan

Pada hari ini 30 Ogos, telah diadakan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutannya agak rigkas kerana pelajar ting 5 sedang menduduki peperiksaan percubaan dan pelajar ting 3 pula sedang mengikuti program akademik utk PMR.Di antara pengisian yang dijalankan ialah perhimpunan pagi, nanyian lagu patriotik, bacaan sajak dan pengkisahan sejarah. Seorang tokoh telah dijemput iaitu Tn Hj Kasiron Reduan, Beliau merupakan individu yang turut sama hadir di Kuala Lumpur semasa majlis pengisytiaran kemerdekaan di stadium Merdeka. Beliau juga turut berasa semasa bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab selangor. pada sebelah mlmnya, Kembara Berbasikal Merdeka telah di jalankan. Seramai 80 orang guru dan pelajar telah menyertai. Selain berbasikal, kembara ini juga telah singgah di 5 buah rumah rakan pelajar sekolah ini utk menyampaikan sedikit sumbangan. Tepat jam 12 tengah malam kembara ini sampai semula di Dataran Ilmu sekolah utk melaungkan teriakan keramat merdeka! merdeka! merdeka!

Sabtu, 28 Ogos 2010

KOLEKSI GAMBAR PERJALANAN CIKGU KASIRON KE SAMBUTAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957







Persiapan Sambutan Hari Kemerdekaan





Pihak sekolah sedang di dalam persiapan bagi meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. saya bertanggungjawab bagi menjayakan pameran di Galeri Sejarah. selain itu, saya bersama rakan cikgu Mohd Sadek juga merancang untuk memanggil 'orang sumber' yang hadir sama di dalam detik bersejarah di padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka 53 tahun yang lalu. Tokoh yang saya maksudkan ialah cikgu Kasiron. Tadi siang, saya telah menziarahi beliau dikediamannya.

Khamis, 26 Ogos 2010

KEM KECEMERLANGAN PMR DAERAH PONTIAN





PADA 24 & 25 ogos yang baru lalu, majlis Guru Cemerlang Daerah Pontian bersama2 dengan Unit Akademik PPD Pontian telah berjaya menganjurkan Kem Kecemerlangan PMR bagi pelajar2 cemerlang sek-sek daerah pontian. Seramai 260 orang pelajar dari 16 buah sekolah telah menyertai program ini. 8 orang tenaga penceramah telah melaksanakan tugas masing2. kesemua mereka adalah dari kalangan GC daerah pontian ini. 2 dewan telah digunakan dimana 2 siri ceramah secara serentak telah dijalankan.

Selasa, 10 Ogos 2010

Ceeramah Teknik menjawab Sejarah SPM - SMK Benut



semalam 9 ogos jam 3 petang setelah 2 kali tertangguh, akhirnya saya dapat memenuhi undangan bagi memberi ceramah teknik menjawab sejarah SPM di SMK Benut. sekolah ini merupakan satu nostalgia kepada saya kerana disinila saya belajar semasa di tingkatan 6 dan sekolah pertama saya mengajar selepas posting pada tahun 1992. selamat 7 tahun saya mengajar di sekolah ini, sehinggalah saya menerima tawaran melanjutkan pelajaran di IAB, iaitu kursus kepengetuaan pada tahun 1999.

Rabu, 4 Ogos 2010

Bengkel Membina Soalan Selaras Akhir Tahun 2010 Daerah Pontian




Pada 4 Ogos2010 telah dijalankan bengkel sehari bagi membina soalan selaras akhir tahun bagi daerah Pontian. Soalan selaras ini hanya melibatkan tingkatan 1, 2 dan 4. seramai 10 buah sekolah telah dijemput bagi tujuan ini. saya sebagai ketua Panel Perunding daerah telah mempengerusikan bengkel ini.

Bertugas Juri Hakim Kajian Tindakan Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab Zon Selatan Negeri Johor





Pada 2 Ogos saya telah bertugas sebagai Juri Hakim Kajian Tindakan bagi Pendidikan agama Islam dan bahasa Arab Zon Selatan negeri Johor. daerah-daerah yang terlibat adalah P.Gudang, Johor Bahru dan Pontian. Program telah dijalankan di PPD Pasir Gudang