Sabtu, 6 Mac 2010

Kajian Kehendak Pelajar Tingkatan 5 Terhadap Kelas Tambahan

Semasa posting ini ditulis, saya di dalam peroses menganalisa hasil maklumbalas soal selidik yang telah dibuat ke atas semua pelajar tingkatan 5 sekolah saya. Tujuan kajian saya ini adalah untuk meninjau kehendak mereka terhadap kelas tambahan yang akan mula diadakan pada bulan april nanti. Saya telah diberi tangungjawab sebagai penyelaras program kelas tambahan ini. Oleh itu saya rasa terpanggil untuk menjalankan kajian ini. Fokus kajian saya boleh dibahagiakan kepada 4 aspek utama;
i. Adakah pelajar mengikuti tusyen di luar sekolah dan waktunya?
ii. Apakah hari dan masa pilihan pelajar untuk kelas tambahan ini diadakan?
iii. Apakah mata pelajaran yang diikuti di dalam kelas tambahan ?
iv. Adakah pelajar ingin mengikuti kelas tamabahan?
Diharapkan melalui kajian ini, satu sistem kelas tambahan yang berkesan dapat dijalankan bagi kebaikan dan keberkesanan bersama.

Ceramah Teknik Belajar Sejarah 2 STPM

Pada khamis 5 Mac yang lalu saya telah berjaya memenuhi undangan SMK Dato Mohd Yunus Sulaiman, Pekan Nenas, Pontian bagi berkongsi ilmu bersama-sama pelajar 6 atas mereka. Ceramah bermula pada jam 11 pagi dan berakhir tepat jam 1 tengahari. Tahniah diucapan kepada semua warga SMK Dato Mohd Yunus Sulaiman, Pekan Nenas kerana telah mencapai kejayaan 100% dalam peperiksaan STPM yang lalu. 2 orang pelajarnya telah berjaya mencapai perfect score dan telah menerima slip keputusan di dalam majlis bersama Pengarah Pendidikan di suatu majlis di Johoe Bahru.