Khamis, 27 Mei 2010

Jawatankuasa Induk Konvensyen Antarabangsa Kesejarahan Malaysia - Indonesia Ke-3


Duduk dari kiri;
Dato' Haji Jumaat, Dato' Haji Omar bin Mohd Hashim, YB Puan Asiah Md Ariff, Tuan Hj Jama dan Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud



Pada 27 Mei jam 10.00 pagi saya telah menghadiri mesyuarat yang di atas bertempat di Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru. Saya amat berasa rendah diri kerana terpilih menganggotai JK Induk kepada suatu persidangan bertaraf antarabangsa. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil dari Kerajaan Johor sebagai penganjur dan juga wakil Yayasan Warisan Johor, Persatuan Sejarah Malaysia dan juga Masyarakat Sejarahan Indonesia. Semuanya individu-individu 'hebat' dan 'besar'. Terasa sungguh kerdil saya di situ. Namun perlantikan ini merupakan suatu penghargaan kepada saya dan saya pasti pihak penganjur mempunyai alasan yang tersendiri melantik saya menganggotai JK Induk kepada program bertaraf antarabangsa ini. Semoga apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Rabu, 26 Mei 2010

SAHABAT UJUNG TANAH ( SUJUT)


Saudara Jamaludin, Pengerusi JARING Malaysia

Pak Said, orang lama yang amat aktif dan perihatin

wakil NGO yang lain

Pada hari selasa malam rabu 26 mei, saya telah menghadiri mesyuarat penajaan Sahabat Ujung Tanah yang diadakan di Restoren Aliff, Pontian. Sehari sebelumnya saya telah dihubungi oleh saudara Zaaba dari Johor Bahru bagi tujuan tersebut. Mesyuarat penajaan telah dihadiri lebih kurang 25 orang ahli yang mewakili kiri-kira 15 buah NGO berdaftar. Saya telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi badan NGO baru ini. Sahabat Ujung Tanah atau singkatannya SUJUT merupakan sebuah badan yang akan memperjuangkan keperihatinan alam sekitar. Fokus utama perjuangan SUJUT ini adalah keperhatianan terhadap alam sekitar khususnya di daerah Pontian. Hujung tanah adalah merujuk Tanjung Piai yang merupakan lokasi terselatan Tanah Besar Asia. Semoga saya dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada perjuangan SUJUT ini.

Sabtu, 22 Mei 2010

Bengkel Bedah Buku Teks




Pada sabtu 22 Mei saya telah diberi tanggungjawab bagi merealisasikan hasrat JKD Sejarah bagi membina hasilan yang merupaka satu usaha bagi 'membedah' buku teks Sejarah tingkatn 5. Idea ini dicetuskan oleh pengerusi JKD Sejarah, iaitu Tuan Hj Mohd Zini Abdul Fatah yang meminta JKD melakukan 'pembedahan' terhadap buku teks Sejarah ini. Rasionalnya adalah kerana buku teks Sejarah merupakan rujukkan utama kepada pembinaan soalan dan skima jawapan bagi peperiksaan SPM. Untuk tujuan tersebut, JKD telah mengumpulakan semua guru-guru sejarah dari sek-sek menengah daerah Pontian bagi menjayakan program ini. Setiap sekolah diwakili seramai 4 orang guru. Saya telah ditugaskan bagi mencetus, menerang, merangka dan mengatur strategi bagi menjayakan program Bedah Buku Teks ini. Alhamdulilah dengan izin Allah, kami sepakat dan mencapai persetujuan akan format dan bentuk rupa Bedah Buku Teks ini dilaksanakan.

Teknik Menjawab STPM Daerah Pekan, Pahang




Rasanya sudah terlalu lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Faktor utamanya adalah kerana kamera digital saya telah hilang!. Tanpa gambar sebagai penyokong kepada laporan, sudah pasti bukan sesuatu yang menarik utk dilihat. Akhirnya saya telah mempunyai kamera yang baru. Pada 15 Mei yang lalu saya telah dapat memenuhi undangan PPD Pekan bagi perkongsian ilmu. 4 buah sekolah telah bergabung di dalam program berkenaan. Terimakasih kepada Puan Mariam dari SMK Ahmad Pekan yang memainkan peranan penting mengundang saya ke sana.