Pada 19 Julai yang lalu sy telah berjaya memenuhi undangan bagi memberi ceramah teknik menjawab bagi STPM di SMK Benut, Pontian, Johor. Terima kasih kepada kaunselor ting 6 en Anishak yang menguruskan segala urusan. hadir ke SMK Benut sememangnya sesuatu yg istimewa kepada saya. ini kerana saya adalah bekas pelajar dan pernah mengajar di sekolah ini. semoga pelajar dan sekolah ini terus menempa kejayaan.
Panatia Sejarah telah mengambil langkah memilih untuk mengadakan pamerah sejarah sempena Hari Ko-Kurikulum sekolah yang berlangsung pada 16-18 Julai. Walaupun pada bulan hadapan adalah Bulan Sains Kemasyarakatan namun saya berpendapat adalah satu langkah bijak bagi mengadakan pameran sempena Hari Ko-Kurikulum ini. Selain suasana yang lebih meriah dan menjadi tumpuan, pada 16 Julai itu juga adalah Hari Terbuka. Semua ibubapa dan penjaga hadir ke sekolah bagi mengambil Laporan Kemajuan anak masing-masing. Terdapat 2 tema utama pameran sejarah ini. Pertama adalah langkah-langkah ke arah kemerdekaan dan tema kedua, pembangunan negeri Johor. Terdapat 36 gambar foto dan 10 poster besar bagi tema pertama dan 41 poster bagi tema ke dua. Jutaan terima kasih diucapakan kepada tuan pengetua, semua rakan panatia sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor , Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Kamdi Kamil dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Saya sangat-sangat berpuas hati dengan pameran ini
Pada sabtu 3 Julai saya telah berjaya memenuhi undangan bagi slot teknik menjawab sejarah SPM yang dianjurkan oleh PPD Bera, Pahang. Ceramah telah diadakan di Tg Piai Resort, Serkat Pontian. seramai 109 orang pelajar telah menghadiri ceramah tersebut.
Blog ini bertujuan untuk berkongsi sesuatu yang boleh membawa kebaikan untuk semua. Agar ada nilai tambah yang dapat diperolehi oleh semua pihak yang mengunjungi blog ini. Sekiranya ada nama individu yang saya masukan di dalam tulisan saya, itu adalah atas penghargaan saya yang amat sangat kepada individu terbabit.