Isnin, 30 Ogos 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2010


Majlis Pengkisahan Sejarah Bersama Tokoh Tn Hj Kasiron Reduan

Bacaan Sajak Oleh wakil guru

Bacaan Sajak oleh wakil pelajar

perhimpunan pagi Kemerdekaan

Pada hari ini 30 Ogos, telah diadakan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutannya agak rigkas kerana pelajar ting 5 sedang menduduki peperiksaan percubaan dan pelajar ting 3 pula sedang mengikuti program akademik utk PMR.Di antara pengisian yang dijalankan ialah perhimpunan pagi, nanyian lagu patriotik, bacaan sajak dan pengkisahan sejarah. Seorang tokoh telah dijemput iaitu Tn Hj Kasiron Reduan, Beliau merupakan individu yang turut sama hadir di Kuala Lumpur semasa majlis pengisytiaran kemerdekaan di stadium Merdeka. Beliau juga turut berasa semasa bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab selangor. pada sebelah mlmnya, Kembara Berbasikal Merdeka telah di jalankan. Seramai 80 orang guru dan pelajar telah menyertai. Selain berbasikal, kembara ini juga telah singgah di 5 buah rumah rakan pelajar sekolah ini utk menyampaikan sedikit sumbangan. Tepat jam 12 tengah malam kembara ini sampai semula di Dataran Ilmu sekolah utk melaungkan teriakan keramat merdeka! merdeka! merdeka!

Sabtu, 28 Ogos 2010

KOLEKSI GAMBAR PERJALANAN CIKGU KASIRON KE SAMBUTAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957







Persiapan Sambutan Hari Kemerdekaan





Pihak sekolah sedang di dalam persiapan bagi meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. saya bertanggungjawab bagi menjayakan pameran di Galeri Sejarah. selain itu, saya bersama rakan cikgu Mohd Sadek juga merancang untuk memanggil 'orang sumber' yang hadir sama di dalam detik bersejarah di padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka 53 tahun yang lalu. Tokoh yang saya maksudkan ialah cikgu Kasiron. Tadi siang, saya telah menziarahi beliau dikediamannya.

Khamis, 26 Ogos 2010

KEM KECEMERLANGAN PMR DAERAH PONTIAN





PADA 24 & 25 ogos yang baru lalu, majlis Guru Cemerlang Daerah Pontian bersama2 dengan Unit Akademik PPD Pontian telah berjaya menganjurkan Kem Kecemerlangan PMR bagi pelajar2 cemerlang sek-sek daerah pontian. Seramai 260 orang pelajar dari 16 buah sekolah telah menyertai program ini. 8 orang tenaga penceramah telah melaksanakan tugas masing2. kesemua mereka adalah dari kalangan GC daerah pontian ini. 2 dewan telah digunakan dimana 2 siri ceramah secara serentak telah dijalankan.

Selasa, 10 Ogos 2010

Ceeramah Teknik menjawab Sejarah SPM - SMK Benut



semalam 9 ogos jam 3 petang setelah 2 kali tertangguh, akhirnya saya dapat memenuhi undangan bagi memberi ceramah teknik menjawab sejarah SPM di SMK Benut. sekolah ini merupakan satu nostalgia kepada saya kerana disinila saya belajar semasa di tingkatan 6 dan sekolah pertama saya mengajar selepas posting pada tahun 1992. selamat 7 tahun saya mengajar di sekolah ini, sehinggalah saya menerima tawaran melanjutkan pelajaran di IAB, iaitu kursus kepengetuaan pada tahun 1999.

Rabu, 4 Ogos 2010

Bengkel Membina Soalan Selaras Akhir Tahun 2010 Daerah Pontian




Pada 4 Ogos2010 telah dijalankan bengkel sehari bagi membina soalan selaras akhir tahun bagi daerah Pontian. Soalan selaras ini hanya melibatkan tingkatan 1, 2 dan 4. seramai 10 buah sekolah telah dijemput bagi tujuan ini. saya sebagai ketua Panel Perunding daerah telah mempengerusikan bengkel ini.

Bertugas Juri Hakim Kajian Tindakan Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab Zon Selatan Negeri Johor





Pada 2 Ogos saya telah bertugas sebagai Juri Hakim Kajian Tindakan bagi Pendidikan agama Islam dan bahasa Arab Zon Selatan negeri Johor. daerah-daerah yang terlibat adalah P.Gudang, Johor Bahru dan Pontian. Program telah dijalankan di PPD Pasir Gudang

Ceramah Teknik Menjawab STPM SMK Tun Ismail, Pt raja Bt. Pahat



Pada ahad 1 ogos yang lalu saya telah menghadiri program teknik menjawab sejarah kertas 2 stpm. terima kasih kepada pihak SMK Tun Ismail, Pt Raja, Bt pahat yang sudi menjemput saya. seperti tahun lepas juga, program ini telah dijalankan di Hotel Pelicen Bt Pahat.

mesyuarat Agung Per Sejarah Malaysia cawangan Johor




pada 31 Julai sebelah petang saya turut terlibat di dalam mesy agung PSMCJ di Kota Tinggi. Sebaik segalanya selesai dan berjalan baik di seminar skor A+ di UTM, saya bergegas pula ke Kota Tinggi. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar dan saya telah dilantik semula bagi menganggotai AJK PSMCJ ini untuk penggal 2010/2012

Seminar Skor A+ Bahasa Melayu SPM- UTM Skudai




Pada 31 Julai yang lalu Majlis Guru Cemerlang Daerah Pontian di mana saya sebagai pengerusinya telah berjaya melaksanakan Seminar Skor A+ Bahasa Melayu SPM di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Program untuk pelajar-pelajar daerah Pontian ini dianjurakan bersama-sama dengan JKD B.Melayu dan juga pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pontian. Seramai 592 oraang guru dan pelajar telah menghadiri seminar sehari ini. Sebagai pengerusi MGC Daerah Pontian, saya amat bersyukur kerja keras kami selama 3 bulan telah menghasilkan kejayaan.

Teknik Menjawab SPM SMK Teluk Kerang, Pontian



Pada 29 Julai yang lalu saya telah memenuhi undangan bagi memberikan teknik menjawab sejarah SPM di SMK Telok Kerang. Terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput saya.

Tawau Sabah









Pada 23-25 Juali yang lalu saya telah berjaya memenuhi undangan pihak Pejabat Pelajaran Daerah Tawau khususnya Unit Akademik. Pada 24 Julai pagi, telah diadakan ceramah untuk guru-guru sejarah STPM Daerah Tawau. Di sebelah petangnya pula ceramah teknik menjawab bagi pelajar-pelajar STPM. Keesokannya pula pada 25 Julai telah diadakan ceramah teknik menjawab sejarah SPM. Semua program telah dijalankan di SMK Kinabutan.