Khamis, 7 Oktober 2010

Gambar Dialog Kolektif Kesejarahan Malaysia-Indonesia


Bersama YB Exco

Waris ke 8 Tun Sri Lanang

Bersama Prof bakar dan Prof Prof Taufik Abdul ( Uni. Gajahmada )

Bersama Prof. Suwardi ( Uni. Riau )

Bersama Peof Abdullah Zakaria

Dialog Kolektif Kesejarahan Indonesia Malaysia Di Persada Johor Bahru


Bergambar kenangan bersama AJK Induk

Wawancara yang telah disiarkan di RTM 1 pada ahad 3 Okt

Wawancara bersama RTM

Sesi soal dialog

Bersama YAB MB dan Prof Bakar

Pada 1 - 3 Oktober yang lalu saya telah menyertai Dialog kolektif Kesejarahan Malaysia - Indonesia di Persada Johor Bahru. Seminar ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Johor, Persatuan Sejarah Malaysia, Yayasan Warisan Johor dan Masyarakat Kesejarahan Indonesia. Saya merupakan AJK Induk kepada penganjuran program ini. Saya bertugas secara langsung untuk menyediakan Buku Program seminar.

Pameran Bergambar Hari Malaysia






Sempena sambutan Hari Malaysia, saya melalui Panatia Sejarah juga telah menganjurkan pameran bergambar peritiwa Penubuhan Malaysia. Sebanyak 20 keping gambar ukuran A4 telah dibekalkan di setiap tingkatan. Pelajar dikehendaki menampak gambar-gambar tersebut mengikut kreativiti mereka sendiri di dalam kelas. Selain itu setiap kelas juga telah dibekalkan dengan bendera Malaysia dan Johor sempena bulan Kemerdekaan.

Pameran Sejarah Bulan Kemerdekaan






Pameran Kemerdekaan - Pada 30 Ogos - 2 September yang lalu saya melalui Panitia Sejarah telah menganjurkan Pameran Kemerdekaan. Sebanyak 278 keping gmbar foto sejarah hasil himpunan dari intenet, scan, dan koleksi peribadi saya sendiri telah dipamerkan. Ianya melibatkan 5 tajuk utama, iaitu;
i. Pendudukan Jepun
ii. Malayan Union
iii.Penubuhan Parti / UMNO
iv.Rentetan Peristiwa Kemerdekaan
v. Darurat
vi. Penubuhan Malaysia.

Terimakasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan pameran ini.

Siri Ceramah September

Kerana kekangan masa, beberapa siri aktiviti saya tidak dapat saya masukan di dalam blog ini. Berikut adalah siri ceramah yang telah saya berikan;

22 Sept - Ceramah SPM SM Maahad Pontian
23 Sept - Ceramah SPM SMK Pt Betak Pontian
27 Sept - Ceramah 'CV' kepada semua Guru Cemerlang daerah Pontian
28 Sepr - Ceramah PMR SM Maahad Pontian