Semasa posting ini ditulis, saya di dalam peroses menganalisa hasil maklumbalas soal selidik yang telah dibuat ke atas semua pelajar tingkatan 5 sekolah saya. Tujuan kajian saya ini adalah untuk meninjau kehendak mereka terhadap kelas tambahan yang akan mula diadakan pada bulan april nanti. Saya telah diberi tangungjawab sebagai penyelaras program kelas tambahan ini. Oleh itu saya rasa terpanggil untuk menjalankan kajian ini. Fokus kajian saya boleh dibahagiakan kepada 4 aspek utama;
i. Adakah pelajar mengikuti tusyen di luar sekolah dan waktunya?
ii. Apakah hari dan masa pilihan pelajar untuk kelas tambahan ini diadakan?
iii. Apakah mata pelajaran yang diikuti di dalam kelas tambahan ?
iv. Adakah pelajar ingin mengikuti kelas tamabahan?
Diharapkan melalui kajian ini, satu sistem kelas tambahan yang berkesan dapat dijalankan bagi kebaikan dan keberkesanan bersama.
Sabtu, 6 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan