Khamis, 27 Mei 2010

Jawatankuasa Induk Konvensyen Antarabangsa Kesejarahan Malaysia - Indonesia Ke-3


Duduk dari kiri;
Dato' Haji Jumaat, Dato' Haji Omar bin Mohd Hashim, YB Puan Asiah Md Ariff, Tuan Hj Jama dan Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud



Pada 27 Mei jam 10.00 pagi saya telah menghadiri mesyuarat yang di atas bertempat di Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru. Saya amat berasa rendah diri kerana terpilih menganggotai JK Induk kepada suatu persidangan bertaraf antarabangsa. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil dari Kerajaan Johor sebagai penganjur dan juga wakil Yayasan Warisan Johor, Persatuan Sejarah Malaysia dan juga Masyarakat Sejarahan Indonesia. Semuanya individu-individu 'hebat' dan 'besar'. Terasa sungguh kerdil saya di situ. Namun perlantikan ini merupakan suatu penghargaan kepada saya dan saya pasti pihak penganjur mempunyai alasan yang tersendiri melantik saya menganggotai JK Induk kepada program bertaraf antarabangsa ini. Semoga apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2 ulasan:

  1. Ralat..yang dlm gambar bukan Prof Dato Dr Nik Anuar tetapi Datuk Nik Mohamed Salleh

    BalasPadam
  2. Ralat..yang dlm gambar bukan Prof Dato Dr Nik Anuar tetapi Datuk Nik Mohamed Salleh

    BalasPadam