Ahad, 18 Julai 2010
PAMERAN SEJARAH HARI KO KURIKULUM
Panatia Sejarah telah mengambil langkah memilih untuk mengadakan pamerah sejarah sempena Hari Ko-Kurikulum sekolah yang berlangsung pada 16-18 Julai. Walaupun pada bulan hadapan adalah Bulan Sains Kemasyarakatan namun saya berpendapat adalah satu langkah bijak bagi mengadakan pameran sempena Hari Ko-Kurikulum ini. Selain suasana yang lebih meriah dan menjadi tumpuan, pada 16 Julai itu juga adalah Hari Terbuka. Semua ibubapa dan penjaga hadir ke sekolah bagi mengambil Laporan Kemajuan anak masing-masing. Terdapat 2 tema utama pameran sejarah ini. Pertama adalah langkah-langkah ke arah kemerdekaan dan tema kedua, pembangunan negeri Johor. Terdapat 36 gambar foto dan 10 poster besar bagi tema pertama dan 41 poster bagi tema ke dua. Jutaan terima kasih diucapakan kepada tuan pengetua, semua rakan panatia sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor , Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Kamdi Kamil dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Saya sangat-sangat berpuas hati dengan pameran ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan